Piagam Madinah

.

Saturday, 19 December 2015

Dakwah Secara Terbuka.

10 TAHUN CABARAN

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, yaitu orang-orang yang beriman.” (Asy-Syu’araa’: 214-215).

Dakwah secara terang-terangan ini dimulai sejak tahun ke-4 dari kenabian, yakni setelah turunnya wahyu yang berisi perintah Allah SWT agar dakwah itu dilaksanakan secara terang-terangan. Wahyu tersebut berupa ayat Al-Qur’an Surah asy-syu’ara’: 214-216.

SERUAN KEPADA KELUARGA TERDEKAT

Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja menerima ayat seruan ini ialah dengan menjemput anggota Bani Hasyim menghadiri jamuan makan yang dianjurkan oleh baginda. Mereka seramai empat puluh lima orang, yang juga terdiri dari keluarga Bani al-Mutalib bin Abdul Manaf. Dalam majlis ini Abu Lahab memulakan percakapan dengan katanya:

"Mereka ini semua bapa-bapa saudara dan anak-anak saudara kamu, ayuh bercakaplah tetapi tinggalkan persoalan al-Saba ‘ah keluar agama, kau mesti tahu di mana seluruh bangsa Arab bangsa kamu juga, mereka ini tidak berkuasa, dan aku lebih berhak memegang kamu, untuk kamu memadai setakat anak pinak bapa kamu, sekiranya kau berhenti setakat yang telah kamu lakukan itu, maka itu lebih senang diterima oleh kesemua qabilah-qabilah Quraisy, dan disokong oleh bangsa-bangsa Arab. Setakat hari ini aku belum pernah bertemu dengan seorang lelaki yang telah membawa keburukan ke atas kaumnya, seperti yang kau lakukan ini"

Rasulullah s.a.w berdiam diri dan langsung tidak berkata-kata sebarang apa pun, di dalam majlis itu. Kemudian, sekali lagi Rasulullah menjemput mereka dan berkata:

"Segala puji-pujian bagi Allah, denganNya aku memohon pertolongan, denganNya aku beriman, ke atasNya aku bertawakkal; aku naik saksi sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah yang Esa. Katanya lagi: Sesungguhnya pemimpin tidak mendustai, demi Allah tiada tuhan melainkan Dia, sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah, kepada kamu secara khusus dan untuk manusia secara umum. Demi Allah sesungguhnya kematian kamu itu tidak lebih seperti tidur kamu dan kamu akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur ini. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas segala amalan yang kamu lakukan, balasannya itu samada ke syurga selama-lamanya atau ke neraka selama-lamanya.”

Abu Talib bangun menyahut Rasulullah dengan berkata: 

"Tidak ada suatu pun yang Allah suka bagi kami selain dari membantu kamu, menerima nasihat kamu, mempercayai kata-kata kamu itu, mereka yang berkumpul ini adalah anak keluarga bapa engkau, aku ini cuma salah seorang dari mereka” tetapi aku lebih segera untuk menerima apa yang kamu senangi itu. Ayuh, teruslah dengan sesuatu yang telah diperintahkan ke atas kamu itu, demi Allah aku ini masih lagi menjaga dan mempertengahkan kamu, namun jiwaku masih tidak berupaya dan sanggup untuk berpisah dengan agama Abdul Muttalib itu."

Lalu Abu Lahab mencelah dengan mengatakan: 

"Demi Allah ini adalah salah satu keretakan, pegang tangannya sebelum dia dipertahankan oleh orang lain. Jawab Abu Talib, demi Allah kami akan mempertahankannya selagi hayat dikandung badan."

Walau banyak yang belum menerima agama Islam, ada 3 orang kerabat dari kalangan Bani Hasyim yang sudah masuk Islam, tetapi merahasiakannya. Mereka adalah Ali bin Abu Thalib, Ja’far bin Abu Thalib, dan Zaid bin Haritsah.

DI BUKIT AL-SAFA





Setelah Rasulullah SAW memperolehi kepastian dari penjagaan Abu Talib terhadap dirinya semasa baginda menyampaikan risalah Tuhannya, maka Rasulullah di suatu hari telah berdiri di Bukit Safa dan menyeru kepada para penduduk kota Mekah, terutama yang berada dan bertempat tinggal di sekitar Ka’bah supaya berkumpul di Bukit Safa. 

Sepanjang dakwah Rasulullah SAW secara terang-terangan telah ini telah berjaya menarik masuk islam dari kalangan kaum kafir Quraisy iaitu; Hamzah bin Abdul Muthalib dan Umar bin Khattab. Hamzah bin Abdul Muthalib memeluk islam pada tahun ke-6 kenabian Rasulullah SAW dan Umar bin Khattab pada 581-644M.

Rasulullah SAW juga telah menyampaikan seruan dakwahnya kepada para penduduk di luar kota Mekah. Antara mereka yang telah berjaya memeluk islam ialah; Abu Zar Al-Giffari dan Tufail bin Amr Ad-Dausi.

Selepas itu, Rasulullah SAW telah meluaskan seruan dakwahnya kepada penduduk kota Yastrib (Madinah). Gelombang pertama dakwah ini berlaku pada tahun 620M. Seramai 6 orang telah memasuki islam daripada suku Aus dan Khazraj. Gelombang kedua pula pada tahun 621M, sebanyak 13 orang berjaya memeluk islam. Gelombang ketiga berlaku pada tahun berikutnya dan berjaya menarik lebih ramai manusia lagi untuk menyembah Allah SWT. Diantaranya ialah Abu Jabir Abdullah bin Amr, pimpinan kaum Salamah.

Pertemuan umat Islam Yatsrib dengan Rasulullah SAW pada gelombang ketiga ini, terjadi pada tahun ke-13 dari kenabian dan menghasilkan Bai’atul Aqabah. Isi Bai’atul Aqabah tersebut merupakan pernyataan umat Islam Yatsrib bahwa mereka akan melindungi dan membela Rasulullah SAW. Selain itu, mereka memohon kepada Rasulullah SAW dan para pengikutnya agar berhijrah ke Yatsrib.

REAKSI KAUM KAFIR QURAISY TERHADAP DAKWAH RASULULLAH SAW

Mengikut Prof. Dr. A. Shalaby dalam bukunya, Sejarah Kebudayaan Islam, telah menjelaskan sebab-sebab kaum Quraisy menentang dakwah Rasulullah SAW. Antaranya ialah:
  • Kaum kafir Quraisy, terutama para bangsawannya amat keberatan untuk menerima ajaran Rasulullah SAW kerana islam mengamalkan persamaan hak dan kedudukan antara semua orang. Mereka ingin mempertahankan tradisi hidup berkasta-kasta dalam kalangan masyarakat. Mereka juga ingin mempertahankan perbudakan sedangkan ajaran Rasulullah SAW (Islam) melarangnya sama sekali.
  • Kaum kafir Quraisy menolak dengan keras ajaran Islam yang adanya kehidupan sesudah mati yakni hidup di alam kubur dan alam akhirat, kerana mereka berasa takut denagn seksa kubur dan azab neraka.
  • Kaum kafir Quraisy menolak ajaran Islam kerana mereka berasa susah dan berat untuk meninggalkan agama dan tradisi yang telah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang mereka lagi.
  • Mereka juga menentang kerasa dan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan dakwah Rasulullah SAW kerana Islam melarang sekeras-kerasnya menyembah berhala.
Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh kaum kafir Quraisy dalam usaha untuk melumpuhkan dan menolak dakwah Rasulullah SAW seperti:
  • Golongan kanak-kanak yang telah memeluk islam seperti; Bilal bin Rabah, Amr bin Fuhairah, Ummu Ubais an-Nahdiyah dan anaknya al-Muammil dan Az-Zanirah, telah diseksa oleh para pemiliknya (kaum kafir Quraisy) di luar batas perikemanusiaan.
  • Kaum kafir Quraisy mencadangkan kepada Rasulullah SAW agar permusuhan di antara mereka dihentikan dengan cara kaum kafir Quraisy menganut agama Islam dan melaksanakan ajarannya manakala umat Islam harus menganut agama kafir Quraisy dan melakukan penyembahan terhadap berhala.
Dalam menghadapi tentangan daripada kaum kafir Quraisy, Rasulukllah SAW telah menyuruh 16 orang sahabatnya, termasuk Uthman bin Affan dan 4 orang wanita untuk berhijrah ke Habasyah (Ethiopia), kerana Raja Negus di negeri itu memberikan jaminan keamanan. Peristiwa hijrah yang pertama ke Habasyah terjadi pada tahun 615M.

Pada suatu hari, kesemua 16 orang tersebut kembali ke Mekah kerana menyangkakan keadaan di Mekah sudah kembali normal dengan penghijrahan satu satu pemimpin kaum kafir Quraisy iaitu Umar bin Khattab. Namun, sangkaan mereka tidak benar kerana ternyata Abu Jahal lebih kejam. Akhirnya, Rasulullah SAW menyuruh sahabatnya kembali ke Habsyah yang buat kali kedua. Saat itu, dipimpin oleh Ja’far bin Abu Thalib.

Pada tahun ke-10 dari kenabian (619 M) Abu Thalib, penolong Rasulullah SAW dan pelindungnya wafat. Empat hari setelah itu isteri Rasulullah SAW juga telah wafat. Dalam sejarah Islam tahun wafatnya Abu Thalib dan Khadijah disebut ‘amul huzni (tahun duka cita).

No comments:

Post a Comment