Piagam Madinah

.

Friday, 18 December 2015

Dakwah Secara Sembunyi.

Terdapat banyak sumber pendapat yang menyebutkan dakwah secara sembunyi yang dilakukan Rasulullah, secara berlainan. Namun menurut  suatu  sumber yang dipercayai, dakwah secara tertutup dimulai setelah datangnya wahyu yang membawa maksud: 

“Hai orang yang berkemul (berselimut), bangunlah, lalu berilah peringatan! dan Tuhanmu agungkanlah! dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah." (Q.S. Al-Mudatsir :1-7)

Dengan turunnya ayat di atas maka bermulalah Rasulullah SAW melaksanakan dakwah sebagaimana yang diperintahkan Allah SWT. Beliau mengajak manusia supaya hanya menyembah sujud kepada Allah SWT., meninggalkan pemujaan berhala dan patung-patung. Dalam melaksanakan risalahnya itu beliau sangat berhati-hati dan melakukan dakwahnya secara diam-diam agar tidak mengejutkan orang Quraisy, kerana  kepercayaan syirik  mereka kepada pemujaan berhala yang kuat. Kerana itulah Rasulullah SAW. tidak melakukan dakwah secara terbuka dan terang-terangan kepada kaum Quraisy.   

Makkah merupakan kota penting pada waktu itu baik kerana tradisi mahupun kedudukannya. Ajaran Nabi Muhammad yakni Islam yang bererti menyerahkan diri kepada Allah dengan sepenuh hati. Islam disebarkan dan diperkenalkan kepada umat manusia lewat tidak menggunakan kekerasan atau kekuatan senjata. Islam tidak membuat sebarang paksaan untuk memeluk agama Islam.
Agama Islam di Makkah disamping berhadapan dengan agama politeisme, Rasulullah juga harus melawan  pemerintah yang mengamalkan dasar oligarki yang bukanlah ajaran baru bagi masyarakat pada waktu itu.Hal ini terbukti dengan banyaknya persamaan unsur dalam ibadah, misalnya dalam berkenan dengan puasa dan solat. Kesamaan ritual inilah yang menjadi salah satu penyebab  masyarakat Makkah tertarik dengan ajaran Nabi, meskipun oleh sebagian kelompok masyarakat ajaran Nabi Muhammad dianggap merosakkan masyarakat. Persamaan ritual yang dimaksudan dapat difahami dengan lebih baik melalui rajah dibawah:

Rajah 1.1
NO
Ritual sebelum Islam
Masa Islam
Keterangan
1
Semangat Assabiah
Pemberian zakat
Ritual pemberian zakat  untuk menguatkan persaudaraan sesama islam
2
Haji
Haji
Hanya berbeza pada cara niat dan tujuan
3
Menyembah berhala
Solat
Terdapat persamaan pada tujuan penyembahan

Selain persamaan ritual di atas, masyarakat Arab juga tertarik kepada Islam disebabkan oleh pengisian ajaran Islam itu sendiri, iaitu keesaan Tuhan, penghapusan patung-patung berhala, kewajiban manusia beribadah kepada Tuhan Maha Pencipta. Dengan kata lain, Islam merupakan agama yang mengingatkan pada kejadian dan sifat semula jadi manusia.
Adapun anggapan pengurusan aturan masyarakat yang dianut oleh kalangan bangsawan Quraisy inilah yang menyebabkan terjadinya banyak konflik baik terhadap  Nabi Muhammad SAW secara peribadi mahupun pengikutnya yang membuatkan Nabi mengambil tindakan untuk kebaikan bersama. perincian konflik dan tindakan terhadap Nabi dilihat di bawah ini:

Rajah 1.2
NO
Konflik/Tekanan Yang Dihadapi
Tindakan Nabi
1
Cara halus yang berbentuk pujukan diplomatik oleh pakciknya
Ditolak dengan penuh keyakinan dengan mengatakan “walaupun matahari diletakkan di tangan kanan saya dan bulan di tangan kiri saya dan saya disuruh memilih untuk meninggalkan tugas dakwah ini nescaya tidak akan saya tinggalkan”
2
Cara kasar salah satu contohnya dengan meletakkan najis manusia di depan rumah Nabi atau ketika beliau solat seperti yang dilakukan oleh Uqbah dari Bani Syams
Selalu tersenyum dan membersihkan tanpa merasa sakit hati
3
Pemboikotan terhadap Bani Hasyim selama 3 tahun
Meghadapi dengan sabar
4
Penyeksaan terhadap pengikut dari kaum lemah seperti Bilal
Memerintahkan para sahabat untuk berhijrah

Ajakan Rasulullah untuk mengagungkan Tuhan bermula dalam lingkungan keluarga iaitu bermula dengan Khadijah; isteri kepada Nabi Muhammad SAW, kemudian Ali ibn Abi Thalib yang masih belum baligh. Ketika ia melihat Nabi Muhammad SAW  dan Khadijah sedang solat dan bertanya kepada mereka berdua kepada siapa mereka sujud. Nabi Muhammad SAW. menerangkan bahawa “kami sujud kepada Allah, yang mengutusku menjadi Nabi dan memerintahkan aku mengajak manusia menyembah Allah”, dan Nabi mengajaknya masuk Islam, yang lalu beliau mengikut baginda. Zaid ibn Harisah, seorang bekas hamba Nabi adalah orang ketiga yang masuk Islam. Demikianlah Islam berkembang secara diam-diam dalam kalangan keluarga
Khadijah boleh dikatakan sebagai orang Makkah pertama yang masuk Islam bukan kerana beliau isteri Nabi namun kerana kebenaran ajaran yang dibawa suaminya. 

Antara keluarga Nabi lain yang memeluk Islam adalah Ali, Zaid, 4 anak perempuan Nabi. Hamba Allah yang memeluk Islam selain dari keluarga Nabi adalah Atiq bin Usman(Abi Quhafah) yang dikenal dengan Abu Bakar. Abu Bakar ibn Abi Quhafah dari kabilah Taim yang menganggap Nabi sebagai orang yang bersih dan jujur serta dipercayai. Abu Bakar percaya kepada dakwah Muhammad dan memeluk Islam. Dari Abu Bakarlah Islam dikembangkan kepada teman-temannya yang dipercayai, seperti Usman ibn ‘Affan, Abdurrahman ibn ‘Auf, Talhah ibn Ubaidillah, Sa’ad ibn Abi Waqqas, Zubair ibn al-Awwam serta Abu ‘Ubaidah ibn al-Jarrah dan banyak lagi mereka masih sembunyi-sembunyi dalam memeluk Islam, yang akhirnya berkembang kerana ajaran dan teladan yang baik dari Nabi SAW. Masuknya Abu Bakar ini memberi kesan dalam pada diri Nabi seperti yang dikatakannya “Aku tidak pernah mengajak orang agar menerima Islam tapi dia menunjukkan tanda-tanda penolakan, kecurigaan dan keraguan kecuali Abu Bakar ketika kukatakan padanya tentang Islam dia sama sekali tidak meraguiya.” Masuknya Abu Bakar memberi impak besar dalam dakwah Islam dengan masuknya beberapa orang atas ajakannya seperti Ubaidah bin Al-Harits, Abu Salamah bin Abdul Asad, Al-Arqam bin Al-Arqam, Usman bin Ma’zum, Qudamah bi Maz’un, Sa’id bin Yazid dan isterinya (saudara Umar bin Khattab), Asma dan Aisyah.

Nabi Muhammad SAW. terpaksa melakukan dakwah secara senyap-senyap ketika Islam baru diturunkan, kerana pelbagai alasan. Antaranya, Nabi merasa ajaran yang dibawanya, terlebih dahulu harus mendapat sokongan dari keluarga, kerabat, dan sahabat sebagai orang-orang terdekat.
Alasan lain adalah,  dakwah secara sembunyi bertujuan untuk “menunda” terjadinya  kekerasan yang dilakukan kaum musyrikin dan kafir yang menentang keras ajaran beliau kerana jika dakwah Islam dilakukan secara terbuka, kaum kafir, khususnya musyrikin Makkah yang bakal menentang hebat dakwah beliau, sekaligus menghentikan gerakan dakwah Nabi.

Setelah tiga tahun berjalan dakwah Islam secara diam-diam, Allah SWT memerintahkan Rasulullah supaya lebih giat lagi berdakwah secara terang-terangan. Dalil Allah SWT. dalam wahyu-Nya kepada baginda sebagaimana termaktub dalam Al-Qur’an:


"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat." (Q.S. Asy-Syua’raa:214)

No comments:

Post a Comment