Piagam Madinah

.

Friday, 18 December 2015

Wahyu

KERASULAN NABI MUHAMMAD SAW

“Bacalah dengan [ menyebut] nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Paling Pemurah. Yang mengajari [manusia] dengan perantaraan kalam (pena). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Itulah wahyu pertama yang diucapkan oleh malaikat Jibril yang diutuskan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW saat baginda berkhalwat di Gua Hira'. Kejadian ini berlaku pada 17 Ramadhan bersamaan 6 Ogos 610 masihi semasa baginda berumur 40 tahun. 

Kejadian ini berlaku semasa baginda tidak dapat menahan diri daripada masyarakatnya yang jahil kerana pada waktu itu masyarakat Mekah tawaf mengelilingi Ka'bah sambil berpesta-pesta. 

Ayat pertama ini merupakan perintah Allah S.W.T yang disampaikan kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui Malaikat Jibril untuk “Membaca” atau “Iqra”. Apa yang dibaca dan apa maksudnya “membaca” berhubungan dengan Allah S.W.T sebagai Pencipta makhluk atau ar-Rabb. Jadi, kalau umat Islam tidak membaca tanda-tanda (ayat-ayat) Kekuasaan Allah SWT sebagai Pencipta makhluk berarti telah melanggar satu perintah agung dari Allah SWT langsung.

Turunnya 5 ayat surat al-‘Alaq ini dengan tegas menyatakan tentang tugasan atau perintah yang akan diamanatkan kepada Nabi. Kerana itu, surah ke-1 sampai ke-5 surah al-‘Alaq dengan perintah “Iqra” atau “Baca” secara langsung menyatakan bahawa dasar-dasar kebenaran al-Haqq bagi manusia untuk menjalani kehidupan yang benar sebagai suatu agama yang mengikat yang nanti akan disampaikan Nabi Muhammad SAW berhubungan dengan proses belajar yang terus menerus tentang kehidupan dimana di dalamnya terdapat proses atau cara pengajian, pengetahuan, kebijaksanaan, dan penggunaan pena (kalam) untuk menulis. Pena atau Qalam, yang kelak namanya menjadi salah satu nama surah dalam Al Qur’an iaitu surah Al-Qalam  (QS 68), kerana itu pengertiannya sangat penting bagi Umat Islam.

Gua Hira'


Nabi Muhammad SAW, pembawa berita bahagia, merupakan manusia teladan sepanjang masa, baginda adalah manusia dalam wujud dimana sifat-sifat, dan perbuatan Ilahiah dinyatakan sebagai suatu adab dan akhlak bagi manusia sebagai makhluk berfikir, bukan binatang tanpa akal, Ia adalah utusan Tuhan yang kepadanya ummat manusia memohonkan syafaat. Tidak satupun mahkluk yang mencapai kesempurnaan yang dapat dicapai Nabi Muhammad SAW dengan kehambaannya dihadapan Allah SWT bukan dengan kesombongan yang dapat mengaburi kemuliaan kewujudan manuasia. Sejak kecil lagi baginda telah memperlihatkan ketulusan, kejujuran, manusia yang seumur hidupnya tidak pernah berbohong, yang tidak pernah mengingkari janji, dan sayang kepada kaum yang miskin, lemah dan hina.

Malaikat Jibril menyelesaikan tugasnya menyampaikan wahyu pertama itu, dan Nabi Muhammad SAW pun turun dari Gua Hira menuju rumah Khadijah dengan rasa takut amat sangat. Tubuhnya masih menggigil ketakutan ketika sampai di rumah dan di sambut dengan isterinya Khadijah. Namun, saat itu Jiwa agung Nabi Muhammad telah disinari cahaya wahyu. Baginda merekam di hatinya apa yang didengarnya dari malaikat Jibril. Setelah kejadian ini, Jibril menyapanya, “Wahai Muhammad! Engkau Rasul Allah dan akulah Jibril.”

Rasulullah SAW menerima kalimat Ilahi secara berperingkat. Fakta sejarah mengakui bahawa di antara wanita, Khadijah adalah wanita yang pertama memeluk Islam, dan lelaki pertama yang memeluk Islam adalah sayyidina Ali.

No comments:

Post a Comment