KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Pengenalan
Kota madinah merupakan kota yang paling penting bagi pedagang Arab
sebelum kemunculan Islam pada masa itu kerana dengan kedudukan geografinya yang
strategik; terletak diantara kota Mekah dan Syam. Penduduk Madinah pada masa
itu terdiri daripada golongan Nasrani, Yahudi & Arab. Suasana kehidupan
pada masa itu amatlah susah dan serba kekurangan disebabkan perbalahan kabilah
dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Oleh itu suku kaum Aus dan Khazraj jemput
Nabi Muhammad SAW ke kota Madinah. Pertemuan antara suku Aus & Khazraj
bersama Nabi Muhammad SAW di Aqabah telah membuka lembaran baru dalam sejarah
Madinah.
Perjanjian Aqabah Pertama & Perjanjian
Aqabah Kedua
Perjanjian Aqabah Pertama(621 M)
Perjanjian yang dibuat antara orang Aus
dengan Khazraj dari Madinah dengan Nabi Muhammad SAW.
Dalam perjanjian ini orang Aus dan Khazraj
berjanji:
- Beriman kepada Allah dan Rasul.
- Membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW.
- Tidak akan melakukan amalan Jahilliah seperti mencuri, berjudi, minum arak, dan membunuh bayi perempuan.
Perjanjian Aqabah Kedua(622 M)
Dalam perjanjian ini, orang Aus dan
Khazraj berjanji:
- Suku Aus & Khazraj harus memeluk Islam dan mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad SAW.
- Menjemput Nabi Muhammad & umat Islam berhijrah ke Madinah.
- Akan menyediakan tempat tinggal dan menjamin keselamatan Nabi Muhammad & Islam di Mekkah.
- Akan mempertahankan agama Islam.
Kepentingan Perjanjian Aqabah Pertama
& Kedua
- Menyatukan suku Aus dan & Khazraj.
- Membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW.
- Amalan jahilliah seperti mencuri, minum arak, berjudi, mencuri dan membunuh bayi perempuan ditinggalkan.
- Penyebaran agama Islam dalam suku Aus & Khazraj.
- Nabi Muhammad SAW dan orang Islam di Mekah telah berhijrah ke Madinah dengan kebenaran suku Aus & Khazraj.
- Nabi Muhammad SAW dan pengikutnya telah diberikan tempat tinggal oleh penduduk Madinah dan dijanjikan keselamatan kepada baginda, orang Islam dan mempertahankan Islam.
PIAGAM MADINAH
Piagam Madinah juga dikenali sebagai Sahifah Madinah adalah perlembagaan bertulis yang digubal oleh Nabi Muhammad SAW berpandukan wahyu daripada Allah SWT. Ia merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia. Perlembagaan ini menjadi asas pentadbiran kerajaan Islam Madinah pada masa itu. Ianya mencatatkan peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya kepada kerajaan. Perlembagaan ini dirangkal berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan orang bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang lain). Kandungannya lengkap dan mengambil kira kepentingan semua pihak dan bertujuan untuk membentuk sebuah kerajaan Islam yang stabil dan adil.
Kandungan piagam Madinah:
Mengandungi 47 fasal. 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang Islam dan tanggungjawab mereka manakala 24 fasal lagi membincangkan tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.
Perlembagaan yang lain termasuk; Perlembagaan Amerika Syarikat 1787, Perlembagaan Perancis 1795 dan Piagam Madinah 622 Masihi/1 Hijrah.
Piagam Madinah merangkumi 7 aspek penting dari segi politik, agama, sosial, perundangan, ekonomi, pertahanan dan kedudukan yahudi.
Politik:
- Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.
- Nabi Muhammad SAW sebagai ketua hakim.
Agama:
- Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing.
- Setiap individu harus menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.
- Sikap jahililliah dilarang.
Sosial:
- Seluruh masyarakat Madinah harus bersatu-padu, tolong-menolong dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
- Masyarakat Madinah dilarang bermusuhan antara satu sama lain dan mementingkan diri sendiri.
Perundagan:
- Undang-undang Islam dipraktikkan secara menyeluruh di Madinah.
- Hukuman yang dikenakan kepada pesalah harus dijalan dengan adil dan diterima dengan senang hati.
- Hukaman dijatuhkan bukan untuk menzalimi pesalah tetapi untuk menginsafkan pesalah dan orang lain.
- Syarat menjatuhkan hukuman: perlu ada saksi yang dapat mengesahkan jenayah.
Ekonomi:
- Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi (Riba).
- Melarang riba dan penindasan.
Pertahanan:
- Semua penduduk di Madinah diwajibkan mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar.
Kedudukan Yahudi:
- Islam mengiktiraf kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah.
- Orang Yahudi mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati kebebasan dan keselamatan selagi mematuhi Piagam Madinah.
Kepentingan Piagam Madinah
- Kerajaan Madinah menjadi model dan panduan bagi kerajaan kerajaan yang berasaskan Islam.
- Kepintaran & kepimpinan Nabi Muhammad menjadi teladan.
- Ekonomi Islam mementiingkan keadilan.
- Melahirkan system perundangan yang lengkap, sempurna & adil.
- Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik.
- Kandungannya merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan akhirat.
- Nilai hidup yang ditanam berasaskan semangat ukhuwah Islamiah.
- Berjaya menjadikan negara Madinah sebuah negara yang kuat dan disegani.
- Masyarakat di Madinah hidup bersatu padu dan aman.
Perjanjian Hudaibiyah
Pada tahun 628M, Rasulullah SAW bersama orang-orang Islam mengambil keputusan untuk menziarahi kota Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Akan tetapi, perjalanan mereka diberhentikan oleh orang Quraisy di Hudaibiyah. Pihak Quraisy ini menghantar wakil mereka untuk berjumpa dengan Rasulullah SAW bagi mengetahu tujuan rombongan orang Islam ke kota Mekah. Justeru, Rasulullah menghantar Uthman bin Affan ke kota Mekah untuk menjelaskan tujuan mereka hendak ke sana.
Uthman bin Affan ditahan oleh pihak Quraisy dan maka itu tersebarlah khabar angin tentang kematian Uthman menyebabkan orang Islam bersumpah setia akan menuntut bela ke atas kematian Uthman Bin Affan. Sumpah ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Orang Quraisy yang bimbang dengan kata sepakat orang Islam telah membebaskan Uthman bin Affan dan dalam masa yang sama telah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam.
Pada bulan Zulkaedah tahun 628M, rundingan ini telah membawa kepada berlakunya "Perjanjian Hudaibiyah". Nama "Perjanjian Hudaibiyah" diberi diatas tempat berlakunya perjanjian tersebut iaiti di Hudaibiyah.
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah:
- Mengadakan genjatan senjata selama 10 tahun.
- Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
- Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
- Orang Islam hanya dibenarkan mengerjakan umrah pada tahun berikutnya iaitu 7 Hijrah.
- Bekerjasama kepada perkara yang membawa kebaikan.
- Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah:
- Pengiktirafan Rasulullah SAW dan negara Islam di Madinah.
- Jaminan kehidupan yang tenang dan aman terhadap semua kaum muslimin mahupun kaum musyrik.
- Semakin banyak kaum musyrikin yang masuk islam.
- Orang-orang lemah yang telah beriman di kota mekah mulai berani menonjolkan keislaman mereka.
Kesan Perjanjian Hudaibiyah:
- Dakwah Islam tersebar luas.
- Ramai orang Quraisy telah memeluk islam termasuk panglima Quraisy yang terkenal iaitu Khalid al-Walid.
- Memberi peluang kepada orang Islam bergaul bebas dengan kabilah-kabilah arab dan menyebarkan Islam kepada mereka.
- Telah membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada orang Quraisy.
- Orang Madinah yang masuk ke Mekah tidak perlu dihantar pulang ke Madinah.
- Pihak Musyrikin Mekah & Islam Madinah bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak yang mereka sukai.
No comments:
Post a Comment