Peperangan Rasulullah SAW
Ghazwah ialah peperangan antara orang Islam dan orang musyrik yang disertai oleh nabi S.A.W. Jumlah ghazwah ialah sebanyak 26.
Sariyyah pula ialah pertempuran kecil yang berlaku antara orang Islam dan orang musyrik yang tidak disertai oleh Nabi S.A.W. Jumlah sariyyah ialah 38.
1. Ghazwah Badar al-Kubra
Tarikh: 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
Tempat: Berhampiran Wadi Rahqan
Tujuan: Menyekat kafilah dagang Quraisy yang pulang dari Syam ke Mekah yang dipimpin oleh Abu Suffian.
Kekuatan Tentera: Tentera Islam seramai 313/314 (70 ekor unta dan 2/3 ekor kuda sahaja). Manakala Tentera Quraisy seramai 1000 orang termasuk 600 berbaju perisai, 100 ekor kuda dan 700 ekor unta.
Sinopsis:
Abu Suffian yang telah memimpin kafilah Quraisy telah terselamat daripada sekatan orang Islam, namun atas utusannya, Quraisy telah menghantar pasukan tentera untuk memerangi orang Islam. Rasulullah S.A.W. telah meminta pendapat daripada kaum Muhajirin dan Ansar sama ada baginda patut menyertai peperangan atau tidak. Saad bin Muaz merupakan ketua kaum Ansar dan mereka menyokong setiap keputusan Rasulullah S.A.W termasuk dalam penglibatan baginda dalam peperangan ini.

Al-Hubab bin Al-Munzir telah membawa Rasulullah S.A.W. dan para sahabat ke tempat yang strategik untuk menyekat air Badar daripada sampai ke orang musyrik. Saad bin Muaz telah mencadangkan agar sebuah khemah untuk Rasulullah S.A.W. didirikan di belakang barisan tentera Islam dan beliau memberitahu baginda bahawa terdapat beberapa orang Islam yang tidak dapat menyertai peperangan tersebut. Rasulullah S.A.W. telah membakar semangat kaum muslimin untuk mati syahid. Baginda juga memohon kepada Allah S.W.T. agar memenangkan kaum muslimin.
Atas janji Allah S.W.T, kemenangan berpihak kepada Islam. Seramai 14 orang tentera Islam mati syahid dalam peperangan ini manakala seramai 70 orang tentera musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal dan 70 orang lagi ditawan. Rasulullah S.A.W. telah menerima cadangan Abu Bakar agar tawanan perang ini menebus diri mereka dengan harta dan bagi yang tidak mampu, mereka hendaklah mengajar 10 orang anak kaum muslimin membaca dan menulis. Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 123-127 mengenai ghazwah Badar ini. Allah S.W.T. juga telah berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 67-68 kerana menegur Rasulullah kerana menerima tebusan harta bagi tawanan perang.
2. Ghazwah Uhud
Tarikh: 15 Syawal tahun ke-3 Hijrah (Sabtu)
Tempat: Bukit Uhud (dua batu ke utara Madinah)
Tujuan: Orang kafir Quraisy ingin menuntut bela terhadap kekalahan mereka dalam Ghazwah Badar.
Kekuatan tentera: Tentera Islam seramai 1000 orang termasuk 100 tentera berbaju perisai dan 2 pahlawan berkuda. Di tengah perjalanan, Abdullah bin Ubai bin Salul bersama 300 orang munafik menarik diri menjadikan tentera Islam 700 orang sahaja. Tentera Quraisy pula seramai 3000 orang, termasuk 700 orang berbaju perisai dan 200 pahlawan berkuda.
Sinopsis:
Rasulullah S.A.W. dan beberapa orang para sahabat pada mulanya berpendapat untuk bertahan di dalam Madinah sahaja. Akan tetapi baginda akhirnya akur kepada pendapat sesetengah pemuda Islam dan orang Muhajirin dan Ansar agar keluar Madinah dan bertempur di tempat perhimpunan orang musyrik. Baginda telah menyusun strategi dengan begitu bijak sekali untuk menghadapi tentera musyrik yang jauh lebih ramai termasuk memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansari untuk mengawal di atas bukit. Baginda telah berpesan kepada kumpulan pemanah ini agar tidak berganjak dari posisi masing-masing tidak kira tentera Islam sedang menang atau kalah sehinggalah diberitahu.
Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka dan mereka sedang memenangi pertempuran. Ketika orang Islam sedang sibuk memungut harta rampasan perang setelah orang musyrik melarikan diri, kumpulan pemanah telah ternampak dan mereka juga ingin turut sama memungut harta rampasan tersebut kerana telah menyangka kemenangan di pihak mereka. Hanya 10 orang termasuk Abdullah bin Jubair al-Ansari sahaja yang tidak berganjak dari posisi mereka. Melihat kejadian ini, Khalid bin al-Walid yang merupakan ketua sayap kanan orang musyrik ketika itu mengambil peluang ini untuk menyerang hendap orang Islam dari belakang. Barisan tentera Islam menjadi kacau bilau dan keadaan menjadi semakin buruk apabila tersebar khabar angin Rasulullah S.A.W. telah terbunuh.
Orang musyrik sangat berpuas hati kerana telah berjaya mengalahkan orang Islam sebagai menebus kekalahan mereka dalam ghazwah Badar. Sebanyak 70 orang Islam gugur syahid dalam peperangan ini manakala hanya 23 orang musyrik yang terbunuh. Hamzah bin Abdul Mutalib merupakan salah seorang yang gugur syahid. Mayatnya telah dibelah oleh Hindun,isteri Abu Suffian, lalu dia mengunyah jantung Saidina Hamzah dan memuntahkannya semula. Rasulullah S.A.W. berasa amat sedih melihat keadaan mayat bapa saudaranya itu. Allah S.W.T. telah menurunkan beberapa ayat mengenai ghazwah ini bagi merawat kelukaan hati orang-orang mukmin dan menyedarkan mereka punca kekalahan mereka. Allah telah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139-142 dan 152-153.

3. Ghazwah Bani Nadhir
Tarikh: Bulan Syawal tahun 5 Hijrah.
Tempat: Perkampungan Bani Nadhir
Tujuan: Bani Nadhir telah mencabuli perjanjian antara mereka dan Negara Islam Madinah dengan membuat pakatan untuk membunuh Rasulullah S.A.W.
Kekuatan tentera: Tentera Islam dipimpin oleh Rasulullah S.A.W. dan panji-panji baginda telah dipegang oleh Ali bin Abi Talib. Tentera musuh terdiri daripada puak Yahudi Bani Nadhir.
Sinopsis:
Sewaktu Rasulullah S.A.W. dan para sahabat berada di perkampungan Bani Nadhir, puak Yahudi Bani Nadhir telah merancang untuk membunuh Nabi S.A.W. dengan cara menghempap baginda dengan batu besar sewaktu baginda sedang bercakap-cakap dengan mereka sambil bersandar di dinding rumah. Allah telah menzahirkan rancangan jahat mereka itu kepada Rasulullah S.A.W lalu baginda bangun dan terus pulang ke Madinah bersama-sama para sahabat. Rasulullah S.A.W. telah mengutus Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadhir untuk memberitahu mereka agar keluar dari perkampungan mereka dalam masa 10 hari kerana pengkhianatan mereka itu.
Bani Nadhir telah pun bersiap-siap untuk keluar setelah menerima amaran daripada Nabi S.A.W, namun mereka kemudian memilih untuk bertahan di dalam kubu-kubu mereka setelah dihasut oleh ketua golongan munafik iaitu Abdullah bin Ubai yang berjanji untuk menghantar 2000 orang tentera daripada kaumnya untuk mempertahankan mereka. Rasulullah S.A.W. mengambil keputusan untuk keluar dan memerangi mereka. Bani Nadhir bertahan di dalam kubu mereka dengan merejam batu dan anak panah ke arah tentera Islam. Walaupun Rasulullah S.A.W. dan orang Islam berjaya mengepung mereka, namun mereka tetap sabar bertahan dan ini menyebabkan Rasulullah S.A.W. terpaksa menebang dan membakar pohon-pohon kurma mereka. Bantuan yang dijanjikan oleh Abdullah bin Ubai tidak sampai-sampai sehingga mereka akhirnya terpaksa menyerah kalah.
Rasulullah S.A.W. mengenakan syarat kepada mereka agar keluar tanpa membawa senjata dan hanya membawa harta yang mampu dipikul oleh seekor unta. Baginda juga memberi jaminan bahawa nyawa mereka akan terselamat. Apabila mereka ingin keluar dari kampung halaman mereka, mereka mengambil semua harta yang mampu dibawa dan mereka meruntuhkan rumah-rumah mereka agar orang Islam tidak dapat menggunakannya. Sebahagian daripada mereka menetap di Khaibar, 100 batu dari Madinah, manakala sebahagian lagi menetap di Jarsh, selatan Syam. Hanya dua orang sahaja yang memeluk Islam. Allah S.W.T. telah menurunkan ayat dalam surah Al-Hasyr ayat 2-4 berkenaan dengan peperangan ini.

4.Ghazwah al Ahzab (Peperangan Ahzab)
Nama lain – Ghazwah Khandak
Masa – Bulan Syawal, tahun ke 5 Hijrah
Bilangan tentera – Tentera Quraisy 10 000 orang, tentera Islam 3000 orang.
Faktor –
- Apabila Bani Nadhir diusir, beberapa org ketua mereka dtg ke Mekah dan mengapi-apikan Quraisy utk memerangi Rasul saw.
- Pemimpin Yahudi pergi ke Ghatfan dan mengajak Bani Fazzarah, Bani Murrah dan Bani Asyjak utk menyertai Quraisy Mekah.
Strategi tentera Islam –
- Baginda bermesyuarat dgn para sahabat.
- Salman al Farisi mencadangkan supaya menggali parit sekeliling Madinah
- Rasul saw memerintahkan agar digali parit dan baginda turut terlibat sama.
- Arab Quraisy terpegun kerana mereka tidak mempunyai pengalaman penggalian parit seperti itu.
Peristiwa pra peperangan –
- Bani Quraizoh yg diketuai oleh Kaab bin Saad telah melanggar penjanjian damai yg telah dimeterai dengan orang Islam.
- Nabi saw terfikir utk melakukan perdamaian dengan Bani Quraizoh dengan membayar 1/3 hasil buah-buahan Madinah kepada mereka.
- Namun, tidak dipersetujui oleh kaum Ansar kerana mereka telah belot pd perjanjian sebelum ini.
Peristiwa penting –
- Perang bermula apabila ada tentera musyrik melepasi salah satu bahagian parit yang sempit
- Pertempuran bermula
- Nu’aim bin Mas’ud bin Amir, salah seorang kwn kpd Bani Quraizoh dtg menemui Rasul saw menyatakan keislamannya yg tidak diketahui oleh kaumnya.
- Beliau menggunakan kelicikannya utk memecahbelahkan Quraisy dan sekutunya dengan Bani Quraizah
- Allah telah menghantar angin kencang yg menyebabkan periuk bertaburan dan khemah terkoyak sehingga menimbulkan rasa takut di dalam jiwa tentera bersekutu.
Pengajaran –
- Strategi peperangan penting utk menyumbang pd kemenangan
- Pertolongan Allah sentiasa mengiringi golongan yg berjuang di atas jalanNya.
- Golongan munafik akan mendapat balasan buruk daripada Allah swt
- Allah akan memberi balasan baik kepada org yg mati syahid
Surah rujukan –
- Surah al-Ahzab ayat 9-11
- Surah al-Ahzab ayat 22-25
5. Ghazwah Bani Quraizoh (Peperangan Bani Quraizoh)
Masa – Sebaik shj peperangan al Ahzab, tahun ke 5 Hijrah
Faktor –
- Rasulullah telah menyedari isi hati Bani Quraizoh yg belot kepada Quraisy dan sekutu2nya:
- Mengisytiharkan pembatalan perjanjian di saat2 genting pertempuran Ahzab
- Mereka berniat melakukan jenayah berat yg boleh melenyapkan semua orang Islam
- Rasul saw berpandangan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pembelot ini.
- Baginda ingin membersikan Madinah selaku pusat jihad dan dakwah.
Peristiwa penting –
- Rasul mengarahkan seorang sahabat menyeru orang ramai supaya tidak bersembahyang Asar melainkan di perkampungan Bani Quraizoh.
- Panji-panji telah dibawa oleh Ali r.a
- Seramai 3000 orang Islam terkumpul dan 36 ekor kuda.
- Apabila Ali menghampiri kubu Bani Quraizoh, dia telah mendengar ucapan buruk tentang Rasulullah dan isteri baginda.
- Sebaliknya berlaku jika mereka berhadapan dengan Rasulullah sendiri.
- Bani Quraizoh telah dikepung oleh orang Islam selama 25 malam dan mereka betul2 tersepit lalu menyerah diri.
- Saad bin Muaz, penghulu kaum Aus telah mengadili mereka.
- Hukuman2 yg telah diputuskan:
- Pejuang2 mereka dibunuh
- Zuriat dijadikan tawanan
- Harta dibahagi2kn
Pengajaran –
- Allah menjelaskan di dalam AQ tentang pembelotan kaum Yahudi, perlanggaran mereka terhadap perjanjian, dan sikap mereka yg tidak menolong orang Islam di dalam perang Ahzab
Surah rujukan –
- Surah al-Ahzab ayat 13-16
- Surah al-Ahzab ayat 26-27
6.Ghazwah al-Hudaibiyyah (Perperangan Hudaibiyyah)
Masa – Bulan Zulkaedah, tahun ke-6 Hijrah
Faktor –
- Rasulullah saw bermimpi memasuki Baitullah al-Haram dalam keadaan aman dan bercukur tanpa merasa takut.
Peristiwa penting –
- Baginda memerintahkan orang ramai bersiap keluar Mekah untuk menunaikan umrah dan bukannya berperang dengan arab Quraisy.
- Muhajirin dan Ansor bersama2 baginda dengan rasa rindu menuju ke Baitullah al-Haram setelah hamper 6 thn dilarang berbuat demikian.
- Rombongan tersebut turut disertai oleh Arab Badwi.
- ‘Hadyu’ iaitu unta dan binatang ternakan korban diletakkan dihadapan sekali sebagai memuliakannya.
- Baginda telah berihram di satu tempat bernama Zul Hulaifah.
- Bersama baginda kira-kira 1500 orang. Mereka tidak membawa bersama2 senjata kecuali senjata biasa bagi pengembara iaitu pedang yg bersarung.
- Ketika sampai di Usfan, seorang lelaki memberitahu baginda, orang Quraisy telah bersedia utk berperang dengan baginda.
- Apabila baginda sampai di Hudaibiyyah, beberapa orang lelaki drpd Bani Khuzaah datang menemui baginda untuk bertanyakan sebab kedatangan.
- Mendengar niat baik Rasul saw, mereka pulang dan menemui Quraisy tetapi mereka tetap bersangka buruk pd baginda dan tidak mempercayainya.
- Quraisy menghantar Urwah bin Mas’ud at-Thaqafi utk berbincang dengan Rasul dan beliau pulang dengan membawa perkhabaran yg baik (ingin melakukan perdamaian) ttp tidak dipercayai oleh Quraisy.
- Rasulullah menghantar Othman bin Affan menemui penduduk Mekah untuk menegaskan tujuan kedatangan rombongan mereka.
- Othman terlewat pulang lalu tersebar berita di kalangan umat Islam bahawa beliau telah dibunuh.
- Justeru, Rasul saw mengajak umat Islam berbai’ah utk berjihad dan mati syahid di jalan Allah.di bawah sebatang pokok Tolh. Baiah ini dinamakan Baiah ar-Ridhwan.
- Apabila Quraisy mengetahui baiah itu, mereka merasa takut lalu setuju utk berdamai dengan Rasulullah. Mereka mengutus Suhail bin ‘Amru bg menyempurnakan perjanjian.
- Antara isi kandungan perjanjian Hudaibiyyah:
- Gencatan senjata antara kedua2 belah pihak selama 10 tahun
- Sesiapa yg dtg drpd pihak Muhammad ke Mekah, mereka tidak akan memulangkannya, manakala sesiapa yg dtg kpd Muhammad drpd Mekah, mereka harus memulangkannya.
- Kemudian Rasulullah memerintahkan para sahabat melakukan tahallul (langkah2 keluar dr ikatan ihram) umrah. Namun mereka tidak melakukannya lantaran terlalu kesal lalu baginda mengambil inisiatif memulakannya sendiri.
- Walaupun syarat2 tersebut kelihatan berat sebelah, ia memberikan faedah yg besar kepada umat Islam. Lantaran pulangan faedah yg banyak, Allah telah menamakan peperangan ini sebagai kemenangan yg nyata.
Pengajaran –
- Baginda berpandangan jauh, berfikiran tajam dan mendapat bantuan wahyu dari Allah yg menyebabkan baginda bertindak dengan tepat.
- Mereka yg berbaiah kpd Rasul adalah sma berbaiah pd Allah dan akan diberi ganjaran pahala yg besar dan sebaliknya bg mereka yg mengingkarinya.
- Perdamaian Hudaibiyyah merupakan isyarat kpd pembukaan Mekah tidak lama selepas itu.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment