Piagam Madinah

.

Tuesday, 12 January 2016

Masjid-masjid yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW : Masjid Quba

Masjid Quba


Masjid Quba adalah masjid pertama dibina dalam oleh orang Islam dan ianya dibina oleh Nabi Muhammad SAW pada 8 Rabiul Awwal, 1 Hijrah. Masjid ini terletak di kota Madinah, 5km dari Masjid an-Nabawi. Masjid ini juga merupakan masjid yang tertua di dunia.

Masjid ini asalnya dibina di perkampungan Quba dimana baginda berhenti seketika untuk beristirehat semasa perjalanan hijrah baginda daripada Makkah ke Madinah. Sahabat baginda, Sayyidina Umar Radhiyallahu Anhu, mencadangkan kepada Rasulullah SAW untuk membina tempat untuk berteduh di kawasan berikut. Lalu disitulah terdetiknya fikiran baginda untuk membina Masjid Quba disitu.

Masjid ini dibina oleh Rasulullah SAW dan ahli rombongan hijrahnya. Walaupun Rasulullah SAW ialah kekasih Allah SWT, namun baginda tetap mengotorkan tangannya dengan menolong mereka yang lain membentuk masjid itu. Malah, Rasulullah SAW ialah antara yang paling rajin sekali dalam proses pembinaan masjid tersebut. Nabi Muhammad SAW tidak mahu para sahabat mengambil beban yang baginda bawa dan baginda menggalakkan para sahabat bekerjasama membawa bahan-bahan bangunan yang lain. Dengan kudratNya, Nabu Muhammad SAW sendiri yang turut mecurah tenaga memulai kerja asas yang pertama pembinaanya sehingga membolehkan Masjid Quba digunakan di mana bahan binaanya adalah termasuk berasaskan dari batang dan pelepah kurma. Apabila siap, inilah masjid pertama yang terbina selepas Masjidil Haram di Makkah. Di sinilah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat RA menunaikan solat jumaat yang pertama sekali berlaku di muka Bumi iaitu pada hari Jumaat bersamaan 27 September, 622 Masihi,

Keluasan masjid ini asalnya sekitar 1,200 meter persegi. Masjid ini mempunyai sebuah ruang persegi empat dan berdinding di sekelilingnya. Di sebelah utara dijadikan serambi untuk tempat menunaikan ibadah. Ruangannya bertiangkan batang pokok kurma, beratap datar daripada pelepah dan daun kurma yang dicampur dengan tanah liat.

Masjid Quba telah siap dibina semula pada tahun 1986 Masihi. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru tetapi kerajaan Arab Saudi berkeras untuk meruntuhkan bangunan Masjid yang lama. 

Masjid Quba mempunyai dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua, Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan. 

Terdapat 6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai 4 menara, dengan satu menara setiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.

Terdapat beberapa kebaikannya tersendiri jika anda beribadah di Masjid Quba, diantaranya ialah:

(Dipetik dari al-Quran dan Hadith)

"...Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut untukmu solat di dalamnya. Di dalamnya masjid itu ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan seungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bersih" (Surah At-Taubah: 108)


"Ketika pembangunan Masjid ini selesai, Rasulullah SAW mengimami solat selama 20 hari. Semasa hidupnya, lelaki yang diberi gelaran Al-Amin selalu pergi ke Masjid Quba setiap hari Sabtu, Isnin dan Khamis. Setelah Rasulullah SAW wafat, para sahabat menziarahi masjid ini dan melakukan solat di sana." (HR: Bukhori dan Muslim)


"Solat di Masjid Quba memiliki kelebihan. Menurut hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Abu bin Sahl bin Hunaif RA, ia pernah mengedengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang bersuci dirumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba, lalu solat di dalam Masjid Quba, maka baginya pahala seperti menunaikan Umrah." (HR: Tirmidzi)




Gambar-gambar Masjid Quba dahulu



Gambar-gambar Masjid Quba sekarang




1 comment: