Piagam Madinah

.

Wednesday, 20 January 2016

Khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW SEBELUM KEWAFATAN BAGINDA.


KHAMIS, 8 RABI'UL AWWAL 11 H (EMPAT HARI SEBELUM WAFAT)
Rasulullah meminta dibawakan untuknya bekas berisi air dari tujuh telaga yang berbeza. Rasululklah dimandikan dengan air tersebut dalam posisi duduk. Kerana merasakan sakit kepalanya sudah berkurang, baginda berkhutbah di hadapan umatnya. Baginda juga sempat untuk solat maghrib berjemaah bersama para sahabat. 

MINGGU, 11 RABI'UL AWWAL 11 H (SATU HARI MENJELANG WAFAT)
Rasulullah membebaskan semua hamba dan menghebahkan seluruh peralatan perangnya kepada kaum muslimin. 

ISNIN PAGI, 12 RABI'UL AWWAL 11 H (HARI WAFATNYA RASULULLAH)
Ketika kaum muslimin sedang menunaikan solat subuh berjemaah, dan Abu Bakar bertindak sebagai imam. Rasulullah membuka pintu rumahnya yang bersebelahan dengan jemaah solat. 

Abu Bakar dan sebahagian jemaah sedar bahawa  Rasulullah sedang memperhatikan mereka di depan pintu rumahnya. Baru sahaja Abu Bakar melangkah kebelakang sebagai isyarat agar Rasulullah mengimami mereka, namun Rasulullah berkata, "Teruskan solat kalian .." Rasulullah tersenyum dan menutup kembali pintu rumahnya.

ISNIN, WAKTU DHUHA, 12 RABI'UL AWWAL 11 H (HARI WAFATNYA RASULULLAH)
Fatimah ra., Puteri Rasulullah saw mendatangi beliau, dan duduk di sebelah kanan Rasulullah. Baginda telah menyapa puterinya itu dan membisikkan sesuatu kepada Fatimah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalirkan air mata. Rasulullah SAW membisikkan kepada Fatimah buat kali kedua dan menyebabkan Fatimah kembali tertawa.

Aisyah ra bertanya kepada Fatimah, "apa yang dikatakan Rasulullah kepada kamu?" 
Fatimah membalas "pertama, Rasulullah membisikkan kepadaku; 'Bahawa Malaikat Jibril biasanya menemuinya sekali dalam setahun untuk membacakan ayat-ayat Al-Qur'an. Namun, tahun ini Jibril dua kali menemuinya. Ini mungkin petanda ajalnya sudah dekat '. "Oleh sebab itu aku menangis ".

Lalu Fatimah menyambung, "Yang kedua, Rasulullah menanyakan, 'Adakah kamu bersedia menjadi yang pertama dari keluargaku yang akan melanjutkan perjuanganku? Atau bersediakah engkau menjadi 'Ibu bagi orang-orang yang beriman' (ummahatulmukminin)? '. Dan aku tertawa haru mendengar soalan itu ", tuntas Fatimah ra.

Ini adalah dialog terakhir antara Rasulullah dengan puteri tercintanya Fatimah Ra.


Baginda telah wafat pada 12 Rabi'ul Awwal 11 H pada waktu Dhuha.


UCAPAN TERAKHIR NUKILAN RASULULLAH SAW.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.


Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.


Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu."


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

No comments:

Post a Comment